Maggi Asam Laksa + Serunding Daging

Serunding Daging & Ketupat Nasi
March 29, 2017

Apa rasanya kalau maggi asam laksa dicampur dengan serunding daging? Fuhh! tak payah fancy-fancy nak letak udang bagai macam dalam iklan tue. Campur je serunding daging kami, konpem terangkat punya.

Rasa maggi asam laksa yang masam-masam ditambah dengan serunding daging kami yang berempah, wangi dan pedas memang meletop. Tak percaya cubalah buat, confirm repeat lagi seround rasanya. Sangat sesuai untuk yang malas-malas dan nak cepat tapi nak benda yang sedap. Saya kongsi resepinya dibawah.

Bahan-bahan:

  1. Maggi Assam Laksa
  2. Pek 50gm Serunding Daging Niya
  3. Air Panas

Cara Memasak:

  1.  Jerang air dan rendam maggi assam laksa. Air biar cukup-cukup rasa je, nnt tawar plak.
  2. Tunggu 2 Minit
  3. Kemudian campurkan Pek serunding daging 50gm ke dalam maggi assam laksa.
  4. Siap Sedia untuk dimakan