SERUNDING DAGING | SERUNDING AYAM | SERUNDING IKAN

NIYA SERUNDING

PAKAR SERUNDING ASLI

S erunding merupakan sejenis makanan tradisi sejak turun temurun. Ia dimasak menggunakan rempah ratus dan bahan yang berkualiti tinggi hingga betul-betul kering agar serunding lebih tahan lama. Dalam kalangan masyarakat melayu, serunding adalah makanan tradisi yang istimewa memandangkan tidak semua orang mampu menguasai teknik penyediaannya yang mengambil masa lebih kurang 4-5jam.

Di Malaysia, pelbagai jenis serunding boleh kita dapati.Antaranya serunding Ayam,serunding Daging, serunding Ikan, serunding Udang dan serunding ikan bilis. Suatu ketika dahulu, serunding lazimnya dihidangkan pada Hari Raya Puasa dan Raya Haji. Setelah makanan tradisi ini dikomersialkan, serunding lebih mudah didapati dipasaran secara terus ataupun online. Tika ini, serunding boleh dikategorikan sebagai penambah selera kerana ia boleh dihidangkan bersama ketupat,lemang,nasi himpit, pulut kuning, roti, nasi kosong ataupun boleh juga dijadikan inti popia.

Kini serunding menjadi pilihan untuk dibawa bersama ketika mengembara, menunaikan haji ataupun ketika melancong ke luar negara. Di SerundingDaging.com anda boleh menikmati dan merasai kelazatan dan keenakan serunding asli kami dengan harga yang murah dan berpatutan. Kami menyediakan penghantaran ke Seluruh Malaysia dan juga ke Luar Negara

3 Jenis Pilihan Serunding Yang Enak & Lazat

Sila Klik Gambar Di Bawah Untuk Pembelian Serunding Kami. Dapatkan serunding kami secara online


Niya Serunding

Kepakaran kami membekalkan serunding daging , serunding ayam , serunding ikan yang enak dan lazat kepada anda

Kami membekalkan 3 jenis serunding iaitu serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan yang siap sedia untuk dimakan.

Serunding kami dihasilkan daripada rempah ratus dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi berpandukan resepi asli warisan nenek moyang kami di Terengganu.

Untuk makluman pelanggan yang dikasihi, serunding keluaran Niya Serunding telah pun berada dipasaran lebih dari 5 tahun. Beli serunding kami secara online


Kenapa Serunding Niya?

  • Serunding kami tahan lama sehingga 6 bulan
  • Dihasilkan dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi
  • Serunding Asli Terengganu
  • Dipek untuk mudah dimakan

MEMPERKENALKAN PEK SERUNDING 50gm

YANG MUDAH DIBAWA DAN DIMAKAN DIMANA SAHAJA. BELI SERUNDING ONLINE

SIAPA YANG WAJIB DAPATKAN SERUNDING KAMI?

serunding_iconhaji

BAKAL HAJI

Serunding kami sangat sesuai sebagai bekalan untuk mereka yang ingin mengerjakan Haji/Umrah. Serunding kami tahan sehingga 6 bulan
travel

PELANCONG

Serunding kami sangat sesuai untuk mereka yang ingin ke luar negara dimana makanan HALAL susah untuk didapati.
parents-icon

IBU BAPA

Serunding kami sangat sesuai untuk Ibubapa bekerjaya yang sibuk tetapi inginkan makanan yang cepat, sedap dan sedia untuk dimakan dirumah atau buat bekalan anak-anak
student_icon

STUDENT

Serunding kami sangat sesuai untuk pelajar yang belajar diluar negara atau didalam negara yang mencari bekalan makanan yang tahan lama, sedap dan senang untuk dimakan bila-bila masa.

PENGHANTARAN TERUS DALAM MALAYSIA

& KE LUAR NEGARA

BELI SERUNDING TERUS SECARA ONLINE. PENGHANTARAN KE BRUNEI, SINGAPURA, THAILAND, INDONESIA, MYANMAR, LAOS, KEMBOJA, FILIPINA, HONG KONG , DAN VIETNAM.
Open Chat
1
Close chat
Hi, Terima Kasih kerana melayari web kami. Jika ada apa-apa pertanyaan anda boleh tanya kami disini :)

Start